Sunday, 19 April 2015

OBJEKTIF PROGRAM


1.0              PENGENALAN

Program Jalinan Masyarakat ini adalah program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Asia Timur (JPAT), Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan. Program ini juga merupakan satu platform kepada pelajar Universiti Malaya untuk mengukuhkan kemahiran insaniah yang telah dipelajari.
Program berimpak tinggi ini melibatkan penyertaan daripada semua pihak. Ini termasuklah golongan pelajar, orang awam dan penduduk tempatan. Hal ini kerana tanpa sokongan daripada pelbagai pihak, program ini tidak mungkin akan berlaku dengan jayanya. Dalam pada itu, program ini diadakan adalah untuk membawa idea meluaskan jaringan perhubungan antara para pelajar Universiti Malaya dengan pihak masyarakat luar bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai aspek pembelajaran secara tidak formal dan kaedah berkomunikasi secara dua hala dengan lebih baik selain aspek keperihatinan dan tanggungjawab kemasyarakatan. Hal ini membuka peluang kepada para pelajar untuk membuat persediaan diri bagi menghadapi dunia yang lebih mencabar. Di samping itu juga, program ini diharapkan dapat membentuk jati diri pelajar serta memupuk nilai tanggungjawab sosial.
Kesimpulannya, program jalinan masyarakat ini diharap dapat melahirkan golongan pelajar yang sihat fizikal dan mental di samping memiliki sifat berhati waja dan nurani dalam membantu orang lain serta berdaya kepimpinan dan kreatif. Diharap pelaksanaannya dapat merapatkan jurang ikatan persaudaraan dan mengukuhkan ukhwah sesama pelajar dan masyarakat.



2.0              NAMA PROGRAM

Program Jalinan Masyarakat Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Dato’ Ismail  dan Penduduk Setempat.



3.0              TEMA

Pelestarian dan Pemahaman Kemasyarakatan.



4.0              OBJEKTIF PROGRAM

1. Membimbing pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ismail dalam proses pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

2. Memberi pendedahan dan maklumat tentang perkembangan negara dan membuka mata dan minda kumpulan sasaran mereka mengenai kemajuan globalisasi masa kini melalui perbincangan dua hala.

3. Memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Tahun Satu dan Tahun Dua Jabatan Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya (JPAT, UM) mengenai kepentingan program khidmat masyarakat dan budaya sukarelawan.

4. Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi JPAT, UM untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan masyarakat di kawasan luar bandar khususnya penduduk di kawasan pendalaman.

5. Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi JPAT, UM untuk menyelami corak kehidupan masyarakat luar bandar serta belajar memahami kehidupan di kawasan mereka.

6. Menyemai sikap kerjasama serta menguatkan ikatan antara mahasiswa dan mahasiswi JPAT, UM bersama masyarakat luar.

5.0              PENGANJUR
1.              Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
2.              Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Dato’ Ismail, Pasir Puteh, Kelantan

6.0              TEMPAT
Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Dato’ Ismail, Pasir Puteh, Kelantan

7.0              JENIS PROGRAM
Tuisyen, ceramah motivasi, sukan dan aktiviti kemasyarakatan

8.0              TARIKH
14 April 2015 – 18 April 2015