1.0
PENGENALAN
Program Jalinan Masyarakat ini adalah program yang dianjurkan oleh Jabatan
Pengajian Asia Timur (JPAT), Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya. Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk mendedahkan pelajar kepada
aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan. Program ini juga merupakan satu
platform kepada pelajar Universiti Malaya untuk mengukuhkan kemahiran insaniah
yang telah dipelajari.
Program berimpak tinggi ini melibatkan penyertaan daripada semua pihak. Ini
termasuklah golongan pelajar, orang awam dan penduduk tempatan. Hal ini kerana
tanpa sokongan daripada pelbagai pihak, program ini tidak mungkin akan berlaku
dengan jayanya. Dalam pada itu, program ini diadakan adalah untuk membawa idea
meluaskan jaringan perhubungan antara para pelajar Universiti Malaya dengan
pihak masyarakat luar bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai aspek pembelajaran
secara tidak formal dan kaedah berkomunikasi secara dua hala dengan lebih baik
selain aspek keperihatinan dan tanggungjawab kemasyarakatan. Hal ini membuka
peluang kepada para pelajar untuk membuat persediaan diri bagi menghadapi dunia
yang lebih mencabar. Di samping itu juga, program ini diharapkan dapat membentuk
jati diri pelajar serta memupuk nilai tanggungjawab sosial.
Kesimpulannya, program jalinan masyarakat ini diharap dapat melahirkan
golongan pelajar yang sihat fizikal dan mental di samping memiliki sifat
berhati waja dan nurani dalam membantu orang lain serta berdaya kepimpinan dan
kreatif. Diharap pelaksanaannya dapat merapatkan jurang ikatan persaudaraan dan
mengukuhkan ukhwah sesama pelajar dan masyarakat.
2.0
NAMA PROGRAM
Program Jalinan Masyarakat Bersama Sekolah Menengah
Kebangsaan (A) Dato’ Ismail dan Penduduk
Setempat.
3.0
TEMA
Pelestarian dan Pemahaman Kemasyarakatan.
4.0
OBJEKTIF PROGRAM
1. Membimbing pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ismail dalam
proses pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
2. Memberi pendedahan dan maklumat tentang perkembangan negara dan membuka
mata dan minda kumpulan sasaran mereka mengenai kemajuan globalisasi masa kini
melalui perbincangan dua hala.
3. Memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Tahun Satu dan Tahun Dua
Jabatan Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya (JPAT, UM) mengenai kepentingan
program khidmat masyarakat dan budaya sukarelawan.
4. Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi JPAT, UM untuk berkongsi
ilmu pengetahuan dengan masyarakat di kawasan luar bandar khususnya penduduk di
kawasan pendalaman.
5. Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi JPAT, UM untuk menyelami
corak kehidupan masyarakat luar bandar serta belajar memahami kehidupan di
kawasan mereka.
6. Menyemai sikap kerjasama serta menguatkan ikatan antara mahasiswa dan
mahasiswi JPAT, UM bersama masyarakat luar.
5.0
PENGANJUR
1.
Jabatan Pengajian
Asia Timur, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
2.
Sekolah Menengah Kebangsaan
(A) Dato’ Ismail, Pasir Puteh, Kelantan
6.0
TEMPAT
Sekolah
Menengah Kebangsaan (A) Dato’ Ismail, Pasir Puteh, Kelantan
7.0
JENIS PROGRAM
Tuisyen, ceramah motivasi, sukan dan aktiviti
kemasyarakatan
8.0
TARIKH
14 April 2015 – 18 April 2015
